Hormon tidak seimbang, jerawat naik teruk sehingga 3 lapisan kulit menjadikan muka saya merah, bengkak dan sangat pedih. Rasa bahang seperti udang terbakar. Saya tidak boleh berada di tempat panas dan muka tidak boleh disentuh melainkan untuk berwuduk dan mencuci muka sahaja. Saya sangat berhati hati untuk menyentuh muka sendiri khuatiri jerawat pecah keluar nanah dan darah. Sebelum tidur perlu sejukkan muka di peti ais selama 30 saat bagi dan ia berlaku lebih dari 3 bulan. Muka merah seperti traffic light. pandangan orang pada saya sangat jijik sehingga menjadi bahan cemuhan mereka. 

Berjumpa dengan doktor pakar kulit, beliau beri alternatif untuk membuat rawatan laser kulit. Risikonya, doktor tidak menjanjikan kulit saya cantik tanpa sebarang kesan. Ketika itu saya masih student di Uitm Shah Alam dalam bidang Pengurusan Peruncitan. Kekangan duit untuk membuat rawatan laser sangat mahal dan sy melupakan hasrat untuk melakukannya. Doktor menasihati saya untuk menjaga kesihatan dalaman kerana ia berpunca dari keadaan usus yang kotor. 

Berjumpa dengan nutrisi Alhamdulillah banyak perubahan berlaku dari segi keadaan kulit muka. Penjagaan dalaman dan luaran sangat dititikberatkan. Dari situ saya belajar untuk mendapatkan kulit yang cantik, penjagaan dalaman tidak boleh dipandang remeh. Penggunaan set penjagaan muka juga perlu diteliti kandungannya. Kandungan skincare perlu diambil kira dan ramai orang tertipu dengan strategi syarikat kosmetik luar yang menjanjikan result yang bagus hakikatnya untuk jangka masa panjang kulit muka rosak. Kulit jerawat adalah kulit yang sangat sensitif. Salah cara dan tiada guidance, result akan bercelaru. Bagi mengelakkan duit melayang begitu sahaja, perlukan orang yang pakar dalam sesi penjagaan kulit seharian. Alhamdulillah selama setahun segalanya berubah dan bonus saya turun berat badan 5kg dan maintain hingga sekarang. Gembira? sudah tentu! saya lebih bersyukur dipertemukan dengan nutrisi. 

Dari pengalaman sendiri dan ilmu yang saya peroleh dari international training tentang penjagaan muka, saya sedia membantu anda untuk menyelesaikan masalah seperti:

 

* kulit jerawat

* kulit jeragat

* tona tidak sekata

* kulit kusam

* kulit berminyak

* kulit kering

* liang roma besar

* bintik hitam dan bintik putih

 

Apa yang anda dapat:

 

* Personal Beauty Coach

* Pelan Pemakanan yang betul

* Tips Penjagaan Muka

* Nutrisi Dalaman untuk Kulit Muka

* Teknik- teknik  Urutan Muka

* Follow up Session

* Group bersama Coach beserta social media yang lain seperti:    

   FB, INSTAGRAM